Recent Articles

0


LAWAK SEPETANG DARI SEORANG TEMAN


PENJUAL TELUR.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


CUCU VS ATOK


Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?

PELAJAR PERUBATAN


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata “Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry” Pelajar B pulak kata ” Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki” Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata “Apa kata kita tanya je orang tua tu?” Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm… bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: …pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi… tapi terberak pulak dalam seluar… sebab tu la aku jalan terkangkang…

0

Nilai sebenar titisan air mata

Bila salam dihulur seikhlasnya, harapnya dijawab dengan seadanya, bukan pujian menggunung menjadi harapan, hanyalah ringkasan cerita menjadi nukilan। Bila sebut tentang air mata, mesti ramai dari kalangan pembaca akan terbayangkan air mata ibu dan bapa, air mata kegembiraan dan kejayan, air mata kesengsaraan dan keperitan, air mata kesedihan dan kedukaan serta air mata kehilangan। Namun demikian, disebalik titisan yang telah disenaraikan, mungkin anda semua tidak terfikir, terlintas atau mengkin juga pernah terfikir dan saja tak nak ambil tahu, berkaitan dengan titisan air mata peserta realiti telivisyen yang tersingkir daripada program tersebut. Ikhlas dan terus terang saya katakan di sini, inilah air mata buatan semata-mata dan tidak bernilai langsung dalam kehidupan.



Pendapat yang saya keutarakan ini juga pernah disuarakan oleh pengirim sms dalam keratan akhbar dan juga blogger। Mereka berpendapat, lebih baik air mata itu disimpan, sebab takut nanti bila orang tua meninggal sudah tidak boleh menangis lagi sebab air mata dah dibazirkan untuk program reality sebegini. Pendapat ini ada benarnya, apalah gunanya mengalirkan air mata semata-mata tersingkir daripada program seumpama ini, kalau sudah tidak berkualiti dan tiada peminat, terimalah hakikat itu seadanya. Mereka meratapi rakan yang kononnya rakan seperjuangan, betul ke rakan seperjuangan?. Sebenarnya ratapan itu adalah ratapan dan tangisan untuk meraikan kejayaan kerana berjaya menyingkirkan pesaing, sebab kalau pesaing gagal disingkirkan maka dia (peserta yang terselamat) yang akan tersingkir. Lagi satu, kalau tidak menangis takut peminat nanti kata sombong, so ramai le yang tak nak mengundi peserta ni. Inilah yang dikelaskan sebagai “Air Mata Buatan Manusia”. Kalau yang besar dengar jeritan dan tangisan kesedihan, yang kicil juga tidak ketinggalan menjadi “Pak Turut” kepada aksi dan kehebatan lakonan sandiwara senior-senior mereka.



Adalah lebih molek jika kita meratapi kesengsaraan rakyat Palestine, yang mana tanah air mereka siang dan malam dihujani puluhan roket yang tidak bermata, jet-jet pejuang dan helicopter yang tidak putus-putus membedil bumi Palestine dengan alasan kononnya mencari puak penentang, jentera dan jentolak yang tidak putus-putus merobohkan penempatan rakyat Palestine di tanah sendiri dengan alasan menceroboh, isteri kehilangan suami, ibu kehilangan anak, anak kehilangan ibu dan ayah dan banyak lagi keperitan mereka yang pastinya kita di MALAYSIA tidak terjangkau lagi. Air mata terus membasahi bumi Palestine ini, air mata akibat kecederaan, kehilangan anggota keluarga, kebuluran akibat tiada bekalan makanan kesan daripada tindakan puak yahudi dan mesir yang menutup terowong bawah tanah, dan kesan sampingan lain yang pastinya memberi impak yang mendalam kepada rakyat Palestine yang melalui saat ini.

Maafla, saya tidak berminat untuk menutup topik ini sebab ada lagi sambungan yang bakal menyusul. Tapi bukan 100% berkaitan dengan topic ini, Cuma sediki ja. Apa yang pasti ia berkaitan dengan tindakan “Boikot Barangan Keluaran Yahudi”. Apa yang bakal dikeutarakan adalah sama ada tindakan seumpama ini ada rasionalnya atau tidak.

0
Karnival ohhhh Karnival



Salam perantau, suara berlagu, maaf dipinta bicara bermula. Salam perpaduan ikatan terjalin, moga isu perbahasan mendapat perhatian rasional. InsyALLAH blog ini hanya membicarakan isu yang boleh direnung dan difikirkan sedalamnya.

Dahulu terdapat banyak ruangan-ruangan blog dakwah milik persendirian yang sering membuat survey berkaitan dengan trend masyarakat kita masa kini yang cintakan hiburan. Malahan ada di antara pemilik2 blog ini sanggup pergi sendiri ke tempat2 berlangsungnya karnival yang berorientasikan hiburan. Aku juga turut tidak ketinggalan untuk melihat sendiri dengan mata kepala aku, apakah benar hasil tinjauan blogger sebelum ini yang mendapati 90% daripada pengunjung karnival berorientasikan hiburan terdiri daripada masyarakat melayu atau lebih senang dikatakan masyarakat bumiputera.

Suatu yang tidak dirancang, secara kebetulan pada ketika itu ada karnival penutup dibukit jalil anjuran salah sebuah stesen televisyen terkenal negara. Sampai sahaja di tapak karnival yang ketika itu bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, aku sedikit tergamam bila aku mendapati pengunjung yang keluar masuk menunggu LRT di Bukit Jalil majoritinya pengunjung bumiputera kita yang rata-ratanya beragama Islam. Terlintas di benak akal yang terhad ini "mungkin terlalu awal untuk menbuat kesimpulan, kerana ini hanya salah satu kawasan pintu masuk pengunjung, kesimpulan hanya boleh dibuat selepas meninjau keseluruhan tapak ekspo".

Berbagai ragam terpampang di hadapan mata, dari yang tua dengan tangan kanan dan kiri dipenuhi paper bag, dan yang muda dengan pasangan masing-masing, si kecil pula tertidur keletihan di bahu bapa dan kerusi roda bayi, manakala Abang La (Bangla dan Nepal) dan Pak Tam (orang afrika) sibuk mengambil kedudukan dan posisi masing-masing dengan bermodalkan rupa paras yang kacak ala-ala aktres kacak Bollywood dan Hollywood yang pastinya menjadi kegilaan wanita kita hari ini. Itulah keadaan setempat yang sempat aku perhatikan sepintas lalu, namun aku abaikan kerana tujuan utama aku ke mari bukan untuk mencuci mata, tapi untuk mencari jawapan pada persoalan yang bermain difikiran kesan luahan dan cetusan isu daripada blogger2 terdahulu. Ketahuilah, lebih baik kita sendiri yang menyaksikan kebenaran suatu perkara daripada kita hanya menjadi pendengar yang tidak tahu keadaan sebenar.



Inilah gambaran awal yang boleh aku huraikan, di mana jelas kelihatan bahawa hampir keseluruhan pengunjung yang datang ke tapat karnival tersebut terdiri daripada masyarakat kita. Ada di antaranya sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri dan merasai karnival tersebut. Aku menajamkan mata untuk mencari pengunjung selain daripada bangsaku sendiri, hasilnya sehingga aku pulang aku mendapati tidak sampai 10 orang masyarakat bukan melayu mengunjungi tapak karnival ini. Kalangan bukan melayu di tapak ekspo ini terdiri daripada peniaga-peniaga dan promoter daripada syarikat telekomunikasi, minuman dan makanan. Bukan melayu yang datang juga terdiri daripada kalangan Abang La dan Pak Tam. Itulah senario yang aku perolehi sepanjang tinjauan ringkas yang dijalankan selama dua hari.

0
Warga Foodline B.Puchong
















Kini Tinggal kenangan
0


Wajah2 Tersayang


















0






0

AiMan48

Assalamualaikum....



Mungkin apa yang sempat tertaip dan tertulis di dalam ruangan yang tidak seberapa ini bukanlah suatu yang mengambarkan keseluruhan isi hati yang terbuku selama ini. Namun ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa rasa bersyukurnya diri ini dikurniakan seseorang yang amat memahami dan menerima diri ini seadanya. Dari awal perkenalan hingga sekarang yang InsyALLAH selangkah lagi melangkah ke jinjang perkahwinan, tak pernah walau sedetikpun terlintas di hati untuk membilang setiap waktu bersama apatah lagi untuk menghitung waktu berapa lama usia percintaan yang telah terjalin mampu berkekalan.



Kalau dahulunya aku pernah tersua dengan sebuah novel yang bertajuk "Atlantis duniaku dan duniamu" yang kalau tak silap aku menceritakan tentang cinta dua benua yang terpisah, namun kini ia berlaku dalam diri aku. Siapa sangka cinta yang mulanya hanya dilayarkan dalam dunia siber kini mampu bertahan utuh hingga ke hari ini. Halangan ditempuhi bersama, dan tidak pernah sekalipun bebanan dipikul berseorangan. Itulah Gadisku Siti Aishah bt Mahadzir. Kalau dulu kerinduan hanya diungkap melalui utusan surat Cinta dan sekeping gambar yang di poskan, namun kini segalanya telah berubah. Terasa semakin hari semakin dekat, hinggakan setiap masa ada di sisi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi itulah hakikat yang terbuku di hati, hinggakan sukar untuk digambar walau dengan sebaris kata.

Dahulu setiap masa yang berlalu tidak pernah dihitung, namun kini terasa diri seolah-olah ibarat "Haji bakhil bin kedekut" ingin saja rasanya diputarkan masa itu secepat yang mungkin agar penantian selama ini bukanlah suatu penyiksaan. Setiap manusia tidak mengira lelaki mahupun perempuan, tidak akan terhindar daripada perasaan untuk menyegerakan sesuatu yang baik. Jangan tunggu lama-lama beb nanti melepas. Dari awal perkenalanku hingga ke hari ini, aku sentiasa berharap untuk memiliki dirinya sepenuhnya. Meskipun aku sedar bahawa naluri kebuaya daratan yang ada pada setiap lelaki juga ada pada diri ini, namun itu bukanlah penghalang kepada termeterainya suatu ikatan yang menghalalkan segalanya. Biar Takdir dan Waktu menentukan segalanya.

Iman, Amal dan doa mengiringi setiap langkah menuju mahligai impian. InsyALLAH

0
TO: Warga AEON

Telah genap sebulan aku berambus daripada AEON bandar Puchong, namun segala kenangan pahit dan manis yang pernah aku lalui selama sepuluh bulan sering bermain diingatan. Mana taknya, itulah sejarah awal permulaan aku menceburi alam pekerjaan yang selama ini tidak tergambar langsung bagaimana keadaan sebenar alam pekerjaan. Gambaran dan harapan yang diharapkan jauh berbeza sama sekali...... itulah realiti alam pekerjaan.

Tapi tujuan utama aku tulis artikel ringkas ini adalah sebagai pengutus salam maaf aku buat semua warga AEON B. Puchong, maklumlah aku keluar pun senyap ja tanpa sepatah kata. Dengan penuh ikhlas dari hati aku, aku amat gembira menjadi sebahagian daripada warga AEON walaupun hanya untuk seketika. Aku rindu semua kenangan manis saat berada di sana, dari awal hingga saat akhir aku berada di AEON.

Buat rakan-rakan MT
Aku gembira bersama korang semua, buat MT perempuan (Suria, Suri, Adlina, Diba, Yani dan Kak Lin) korang semua memang comel-comel, nakal, cool dan sporting, terima kasih atas sokongan kamu semua selama kita semua pakat-pakat nak resign sekali, huhuhuuu.......
Tidak lupa juga Fais selaku rakan MT lelaki, maklumlah cuma kami berdua je MT lelaki kt BP.
Terima Kasih sangat-sangat aku ucapkan buat kau, sebab bagi aku dari awal hinggalah kita resign bersama, kau sentiasa membantu aku terutama sekali untuk menunjukkan jalan masa nak pergi interview. Bagi aku, kau memang kawan yang paling baik yang pernah aku kenal selama ini.

Buat Warga AEON B. Puchong
Terima kasih atas segalanya aku ucapkan kepada Store Manager (Cik G @ Jay Gee Noor) atas segala nasihat dan dorongan. begitu juga kepada geng-geng admin, en Hazri, kak Fiza, Kak ikin (Trainer), Azu, Niza (nono) terima kasih. FSH lak Abg Zaidi dan Liya korang memang rajin tangkap gambar DND. HR team, Kak Maimun, Mel, Niza dan Mak ikin, jangan tension-tension selalu sebab itu memang tugas HR (muka kena ceria terutama sekali ketika hujung bulan). Geng2 Maintenance dan EDS, terima kasih atas bantuan korang melancarkan urusan DND terutama sekali ketika chiller Break Down.

Buat Warga Foodline.
Jelas sekali, inilah pertama kali aku bersikap assabiah atau sifat fanatik aku terlalu menebal.
masa itu aku bangga sangat-sangat menjadi warga Foodline yang penuh dengan masalah, teguran, keceriaan dan kebengonggan..huhuhuhuhhu......
Sejuta penghargaan buat Pn. Katty yang banyak menbantu aku menjadi seorang yang berani untuk membuat keputusan sendiri terutama sekali ketika Husni SL telah resign. Buat Kak Comel, ros, dan ira terima kasih atas segala tunjuk ajar selama berada di AEON bandar puchong.
Kepada semua geng2 SL, Husni, Zaini, Szet Li, Winnie, Elvera, Jane, Acoy, Nana, Najib, Kak Marlina, Faizal, Umi, dan Zaki korang memang gila kerja dan ada semangat setia kawan yang tinggi. Warga DND, Ekin, naresh, epol, Izan, Remy dan husni, korang sumer memang tabah dalam melaksanakan tugas, walaupun acapkali dituduh spelet. Buat semua SA foodline yang tidak sempat disebutkan satu-persatu terima kasih atas sokongan dan bantuan yang pernah korang hulurkan buat DND. Tidak ketinggalan buat geng2 RA yang majoritinya budak2 sabah, terima kasih daun keladi lain hari kita jumpa lagi.

Buat En AZAM line manager Hardline, walaupun hanya untuk seketika aku berada di Hardline
namun aku tetap bangga bekerja bersama en. AZAM, sebab cara en azam tak ubah dengan pendekatan yang diamalkan oleh Pn Katty. Itu yang MT dan SL perlu untuk terus berada di AEON. Bukan kongkongan tapi yang perlu adalah kebebasan untuk tentukan hala tuju sendiri serta sedikit khidmat nasihat daripada Line Manager. Bukan macam Line Manager baru Foodline, yang akan hilang sorang demi sorang....huhhuuu....

Terima Kasih Warga AEON Bandar Puchong

Sayonara Sama lu, Bye-Bye...

0
Assalamualaikum

Salam Pembuka bicara bermula, luahan rasa dipersembah- idea bernas pula bercambah, moga segala yang terbuku disingkap satu-persatu, hingga penghujung waktu kita tetap bersatu.

Realiti dunia kini, yang berpengaruh akan berada dalam hierarki tertinggi dan yang lemah pula sebaliknya. Yang berpengaruh akan mendapat sanjungan menggunung dan yang lemah menjadi cacian dan bahan cemuan masyarakat sekeliling. Kalau yang berpengaruh dipandang mulia yang lemah dipandang hina. Segala bentuk tindakan dan perbuatan golongan berpengaruh tidak hanya mendapat pujian malah turut menjadi ikutan, sebaliknya yang lemah serba tak kena dan acapkali disalah erti.

Perancangan rapi hanya sekadar lakaran rapi kiranya usaha tidak sekuat azam yang dilaungkan. Apalah gunanya akal yang waras kiranya tindakan berorientasikan ideologi politik. Semangat kejiran lesu ibarat sehelai tisu puncanya hanya kerana perbezaan ideologi, tiada lagi semangat setiakawan dan semangat kekitaan hanya kerana wujudnya fahaman "PRO" dan "KONTRA".


Zaman kian berubah, isu dan permasalahan yang wujud kian berbeza dari zaman sebelumnya. pendekatan melalui medan debat dan perbahasan bukanlah sesuatu yang proaktif jika penyelesaian menemui jalan buntu. Jangan diharap permulaan suatu pendekatan akan beroleh hasil yang baik, lebih molek jika ia dilihat sebagai "pilot test". Ingatlah adakalanya pandangan bodoh akan menghasilkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dijangkakan. semua ini adalah kerana kita terlalu memandang rendah kebolehan seseorang.

Sekian