Recent Articles


السلام عليکم



Setelah sekian lama terbelenggu akibat pengangguran dan kebosanan tahap gaban, maka aku pun membuat keputusan yang drastik demi masa depan aku dan masa depan hubungan yang terjalin antara aku dengan tunang aku. Aku nekad untuk berhijrah semula ke Pulau Mutiara, ni pun untuk kebaikan aku juga, lagipun kos sara hidup dan kos makan dan minum kat sana tak la setinggi kat Selangor ni. Aku pun tak nak la berterusan bertengkar dengan tunang aku, maklumla dah lama kami bersama takkan nak akhiri macam tu je, hanya semata2 tak keja. Memang betul jg kata2 Fais, member yang banyak berjasa sepanjang aku berada di Selangor ni, dia kata:



“ko kena juga pentingkan diri buat masa sekarang, lagipun ko dah ada komitmen (berkahwin), so nak tak nak ko kena juga dapatkan keja dalam masa terdekat ni”.


member2 seperjuangan aku masa kat AEON, bekerja, lepak, cuti, rehat dan mengumpat bersama... tapi yang syok resign dan mengganggur bersama.... huahuahua!!!!


ni aktiviti terakhir kita org, lepak sepetang kat Tasik Kg Sri Aman... yang syoknya masa tu banjir tapi ramai gak pengunjung dan kaki pancing datang lepak kt cni.



menikmati mata hari senja, ohhhh!!!! indahnya dunia ini...



Mamat ni standartd la.. slalu je layan blues... power beb!!!



3 comments for " "

  1. jgn putus asa..berusaha dan berdoa..insyaALLAH akn dipermudahkan segalanya..

  2. ni pun tgh usha gak ni... cume reski je takde lg

  3. sabor dan sabor.. bile kawen? hehe :D

Post a Comment
Newer Post Older Post