Recent Articles

0


LAWAK SEPETANG DARI SEORANG TEMAN


PENJUAL TELUR.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


CUCU VS ATOK


Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?

PELAJAR PERUBATAN


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata “Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry” Pelajar B pulak kata ” Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki” Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata “Apa kata kita tanya je orang tua tu?” Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm… bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: …pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi… tapi terberak pulak dalam seluar… sebab tu la aku jalan terkangkang…

0

Nilai sebenar titisan air mata

Bila salam dihulur seikhlasnya, harapnya dijawab dengan seadanya, bukan pujian menggunung menjadi harapan, hanyalah ringkasan cerita menjadi nukilan। Bila sebut tentang air mata, mesti ramai dari kalangan pembaca akan terbayangkan air mata ibu dan bapa, air mata kegembiraan dan kejayan, air mata kesengsaraan dan keperitan, air mata kesedihan dan kedukaan serta air mata kehilangan। Namun demikian, disebalik titisan yang telah disenaraikan, mungkin anda semua tidak terfikir, terlintas atau mengkin juga pernah terfikir dan saja tak nak ambil tahu, berkaitan dengan titisan air mata peserta realiti telivisyen yang tersingkir daripada program tersebut. Ikhlas dan terus terang saya katakan di sini, inilah air mata buatan semata-mata dan tidak bernilai langsung dalam kehidupan.



Pendapat yang saya keutarakan ini juga pernah disuarakan oleh pengirim sms dalam keratan akhbar dan juga blogger। Mereka berpendapat, lebih baik air mata itu disimpan, sebab takut nanti bila orang tua meninggal sudah tidak boleh menangis lagi sebab air mata dah dibazirkan untuk program reality sebegini. Pendapat ini ada benarnya, apalah gunanya mengalirkan air mata semata-mata tersingkir daripada program seumpama ini, kalau sudah tidak berkualiti dan tiada peminat, terimalah hakikat itu seadanya. Mereka meratapi rakan yang kononnya rakan seperjuangan, betul ke rakan seperjuangan?. Sebenarnya ratapan itu adalah ratapan dan tangisan untuk meraikan kejayaan kerana berjaya menyingkirkan pesaing, sebab kalau pesaing gagal disingkirkan maka dia (peserta yang terselamat) yang akan tersingkir. Lagi satu, kalau tidak menangis takut peminat nanti kata sombong, so ramai le yang tak nak mengundi peserta ni. Inilah yang dikelaskan sebagai “Air Mata Buatan Manusia”. Kalau yang besar dengar jeritan dan tangisan kesedihan, yang kicil juga tidak ketinggalan menjadi “Pak Turut” kepada aksi dan kehebatan lakonan sandiwara senior-senior mereka.



Adalah lebih molek jika kita meratapi kesengsaraan rakyat Palestine, yang mana tanah air mereka siang dan malam dihujani puluhan roket yang tidak bermata, jet-jet pejuang dan helicopter yang tidak putus-putus membedil bumi Palestine dengan alasan kononnya mencari puak penentang, jentera dan jentolak yang tidak putus-putus merobohkan penempatan rakyat Palestine di tanah sendiri dengan alasan menceroboh, isteri kehilangan suami, ibu kehilangan anak, anak kehilangan ibu dan ayah dan banyak lagi keperitan mereka yang pastinya kita di MALAYSIA tidak terjangkau lagi. Air mata terus membasahi bumi Palestine ini, air mata akibat kecederaan, kehilangan anggota keluarga, kebuluran akibat tiada bekalan makanan kesan daripada tindakan puak yahudi dan mesir yang menutup terowong bawah tanah, dan kesan sampingan lain yang pastinya memberi impak yang mendalam kepada rakyat Palestine yang melalui saat ini.

Maafla, saya tidak berminat untuk menutup topik ini sebab ada lagi sambungan yang bakal menyusul. Tapi bukan 100% berkaitan dengan topic ini, Cuma sediki ja. Apa yang pasti ia berkaitan dengan tindakan “Boikot Barangan Keluaran Yahudi”. Apa yang bakal dikeutarakan adalah sama ada tindakan seumpama ini ada rasionalnya atau tidak.

0
Karnival ohhhh Karnival



Salam perantau, suara berlagu, maaf dipinta bicara bermula. Salam perpaduan ikatan terjalin, moga isu perbahasan mendapat perhatian rasional. InsyALLAH blog ini hanya membicarakan isu yang boleh direnung dan difikirkan sedalamnya.

Dahulu terdapat banyak ruangan-ruangan blog dakwah milik persendirian yang sering membuat survey berkaitan dengan trend masyarakat kita masa kini yang cintakan hiburan. Malahan ada di antara pemilik2 blog ini sanggup pergi sendiri ke tempat2 berlangsungnya karnival yang berorientasikan hiburan. Aku juga turut tidak ketinggalan untuk melihat sendiri dengan mata kepala aku, apakah benar hasil tinjauan blogger sebelum ini yang mendapati 90% daripada pengunjung karnival berorientasikan hiburan terdiri daripada masyarakat melayu atau lebih senang dikatakan masyarakat bumiputera.

Suatu yang tidak dirancang, secara kebetulan pada ketika itu ada karnival penutup dibukit jalil anjuran salah sebuah stesen televisyen terkenal negara. Sampai sahaja di tapak karnival yang ketika itu bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, aku sedikit tergamam bila aku mendapati pengunjung yang keluar masuk menunggu LRT di Bukit Jalil majoritinya pengunjung bumiputera kita yang rata-ratanya beragama Islam. Terlintas di benak akal yang terhad ini "mungkin terlalu awal untuk menbuat kesimpulan, kerana ini hanya salah satu kawasan pintu masuk pengunjung, kesimpulan hanya boleh dibuat selepas meninjau keseluruhan tapak ekspo".

Berbagai ragam terpampang di hadapan mata, dari yang tua dengan tangan kanan dan kiri dipenuhi paper bag, dan yang muda dengan pasangan masing-masing, si kecil pula tertidur keletihan di bahu bapa dan kerusi roda bayi, manakala Abang La (Bangla dan Nepal) dan Pak Tam (orang afrika) sibuk mengambil kedudukan dan posisi masing-masing dengan bermodalkan rupa paras yang kacak ala-ala aktres kacak Bollywood dan Hollywood yang pastinya menjadi kegilaan wanita kita hari ini. Itulah keadaan setempat yang sempat aku perhatikan sepintas lalu, namun aku abaikan kerana tujuan utama aku ke mari bukan untuk mencuci mata, tapi untuk mencari jawapan pada persoalan yang bermain difikiran kesan luahan dan cetusan isu daripada blogger2 terdahulu. Ketahuilah, lebih baik kita sendiri yang menyaksikan kebenaran suatu perkara daripada kita hanya menjadi pendengar yang tidak tahu keadaan sebenar.



Inilah gambaran awal yang boleh aku huraikan, di mana jelas kelihatan bahawa hampir keseluruhan pengunjung yang datang ke tapat karnival tersebut terdiri daripada masyarakat kita. Ada di antaranya sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri dan merasai karnival tersebut. Aku menajamkan mata untuk mencari pengunjung selain daripada bangsaku sendiri, hasilnya sehingga aku pulang aku mendapati tidak sampai 10 orang masyarakat bukan melayu mengunjungi tapak karnival ini. Kalangan bukan melayu di tapak ekspo ini terdiri daripada peniaga-peniaga dan promoter daripada syarikat telekomunikasi, minuman dan makanan. Bukan melayu yang datang juga terdiri daripada kalangan Abang La dan Pak Tam. Itulah senario yang aku perolehi sepanjang tinjauan ringkas yang dijalankan selama dua hari.

0
Warga Foodline B.Puchong
















Kini Tinggal kenangan
0


Wajah2 Tersayang


















0






0

AiMan48

Assalamualaikum....



Mungkin apa yang sempat tertaip dan tertulis di dalam ruangan yang tidak seberapa ini bukanlah suatu yang mengambarkan keseluruhan isi hati yang terbuku selama ini. Namun ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa rasa bersyukurnya diri ini dikurniakan seseorang yang amat memahami dan menerima diri ini seadanya. Dari awal perkenalan hingga sekarang yang InsyALLAH selangkah lagi melangkah ke jinjang perkahwinan, tak pernah walau sedetikpun terlintas di hati untuk membilang setiap waktu bersama apatah lagi untuk menghitung waktu berapa lama usia percintaan yang telah terjalin mampu berkekalan.



Kalau dahulunya aku pernah tersua dengan sebuah novel yang bertajuk "Atlantis duniaku dan duniamu" yang kalau tak silap aku menceritakan tentang cinta dua benua yang terpisah, namun kini ia berlaku dalam diri aku. Siapa sangka cinta yang mulanya hanya dilayarkan dalam dunia siber kini mampu bertahan utuh hingga ke hari ini. Halangan ditempuhi bersama, dan tidak pernah sekalipun bebanan dipikul berseorangan. Itulah Gadisku Siti Aishah bt Mahadzir. Kalau dulu kerinduan hanya diungkap melalui utusan surat Cinta dan sekeping gambar yang di poskan, namun kini segalanya telah berubah. Terasa semakin hari semakin dekat, hinggakan setiap masa ada di sisi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi itulah hakikat yang terbuku di hati, hinggakan sukar untuk digambar walau dengan sebaris kata.

Dahulu setiap masa yang berlalu tidak pernah dihitung, namun kini terasa diri seolah-olah ibarat "Haji bakhil bin kedekut" ingin saja rasanya diputarkan masa itu secepat yang mungkin agar penantian selama ini bukanlah suatu penyiksaan. Setiap manusia tidak mengira lelaki mahupun perempuan, tidak akan terhindar daripada perasaan untuk menyegerakan sesuatu yang baik. Jangan tunggu lama-lama beb nanti melepas. Dari awal perkenalanku hingga ke hari ini, aku sentiasa berharap untuk memiliki dirinya sepenuhnya. Meskipun aku sedar bahawa naluri kebuaya daratan yang ada pada setiap lelaki juga ada pada diri ini, namun itu bukanlah penghalang kepada termeterainya suatu ikatan yang menghalalkan segalanya. Biar Takdir dan Waktu menentukan segalanya.

Iman, Amal dan doa mengiringi setiap langkah menuju mahligai impian. InsyALLAH