Recent Articles

0
Genap Cerita 3 Bulan, Penuh Ispirasi
السلام عليکم

Telah genap 3 bulan aku menyepi tanpa sebarang khabar berita mahupun perutusan melalui sms kepada sahabat yang telah sama-sama berjuang bersamaku selama ini. Bersempena dengan raya Aidil adha ini, aku ingin megucapkan selamat menyambut Aidil Adha moga kita semua mendapat keredhaanNYA, InsyALLAH.

Untuk pengetahuan kalian semua, bukan hanya Blog aku yang tidak terupdate, malahan juga Facebook aku. Kalau Facebook aku tak terupdate, itu aku memang tidak hairan sebab aku bukanlah peminat FB. Tidak layan sangat pun. Genap 3 bulan dengan pelbagai cerita dan coretan manis dan pahit yang tidak dapat dinukilkan satu persatu, namun secara ringkasnya semua tu merupakan ilmu yang aku perolehi daripada pengalaman yang tidak ternilai harganya. semakin jauh kita berkelana, maka semakin luas pandangan dan ilmu yang kita miliki. Namun aku tetap bersyukur, kerna berkat kesabaran dan sokongan kuat daripada kaluarga sahabat, teman dan isteri tercinta, aku terus melagkah ke hadapan meninggalkan masa silamku yang penuh dengan sejarah hitam yang cuba untuk aku lupakan.  


 ni la FB aku yang tidak terupdate...huhuhuu

InsyALLAH klu laptop baru aku sudah keluar, aku yakin lepas ini aku akan update dan aktif menulis. aku memang suka menulis. cuma ruang dan platform je masih belum terbuka luas. namun peluang tu pasti akan menjelma tiba suatu hari nanti. InsyALLAH