Bila Senang Dikenang
Bila Susah Pula Disisih
lama juga rasanya aku tak update blog aku, selalunya aku cuma post gambar je kat blog ni. tapi kali ni jari-jemari aku terasa gatal untuk menulis sedikit luahan yang sedang terpendam di dalam lubuk hatiku.
hari ni dah genaplah rasanya dua bulan aku TANAM ANGGUR kat umah aku, tak terasa pula. mana tak nya, sepanjang tempoh 2 bulan ni aku hanya makan, tido, main game, surve internet dan attend interview keja. tapi sampai sekarang ni pun masih gak mengekalkan status PENANAM ANGGUR yang berjaya. Perut aku pun makin hari terasa makin boroi, bersenam pun tak, dan yang aku tau aku kena duduk dalam rumah je untuk jimatkan duit.
sepanjang tempoh ni juga, aku sering terkenangkan suasana ketika bergelar graduan. Segalanya terasa indah, member pun ramai. Tapi kini aku terasa semakin sunyi, dengan member2 aku yang BZ dengan urusan masing2. Masa aku keja dulu ramai gak yang call bertanyakan pasal keja, manalah tau kot2 aku boleh adjust dorang keja skali dengan aku. tapi kini segalanya sunyi sepi, member2 yang selama ini rapat dengan aku hilang seorang demi seorang.SMS tidak berbalas, ucapan ketika musim perayaan pun semakin lesu tidak seperti dulu. Malah ada di antara gurauan mereka semakin keterlaluan hingga kekadang aku terasa yang keaiban aku menjadi bahan gurauan member2 aku.
.jpg)

Aku semakin terasa, adakah mereka yang aku kenal selama ini hanya berada dan berutus khabar denganku ketika aku senang semata-mata, sebaliknya ketika aku susah jangankan kata nak dapat SMS smile, bahkan miscall pun susah nak dapat. Lama aku muhasabah diri, hampir setiap malam aku berfikir, adakah ini makna persahabatan bagi mereka. Kalau inilah realiti dunia persahabatan, lebih baik aku menyendiri. Tak perlu lagi aku tanyakan khabar mereka.
Mungkin ada juga benarnya kata ahli-ahli perniagaan, teman yang baik selalunya mereka yang kita kenal ketika kita bekerja dan bukannya ketika belajar. KENAPA begitu..... jawabnya mudah sahaja, selalunya berkenalan dengan rakan2 ketika kita telah berkerjaya lebih menjamin masa depan terutama sekali untuk mewujudkan Link yang pastinya berguna untuk masa depan kerjaya dan masa depan sendiri. betul lah, sebab semua dah ada kerjaya masing2, klu berkenalan time belajar pula, masing2 akan cuba mengelak daripada menanggung risiko walaupun hanya sebesar zarah.

Namun cukuplah kawan yang bersama ketika susah menjadi sahabat sejati sampai ke akhirnya, kerna semua pengalaman pahit pernah dilalui bersama. Aku berharap tiada lagi penyesalan di masa akan datang bila aku mula menyendiri. cukuplah apa yang berlaku pada hari ini ,menjadi iktibar buatku di dalam meniti ranjau kehidupan yang mendatang.