Recent Articles


Karnival ohhhh Karnival



Salam perantau, suara berlagu, maaf dipinta bicara bermula. Salam perpaduan ikatan terjalin, moga isu perbahasan mendapat perhatian rasional. InsyALLAH blog ini hanya membicarakan isu yang boleh direnung dan difikirkan sedalamnya.

Dahulu terdapat banyak ruangan-ruangan blog dakwah milik persendirian yang sering membuat survey berkaitan dengan trend masyarakat kita masa kini yang cintakan hiburan. Malahan ada di antara pemilik2 blog ini sanggup pergi sendiri ke tempat2 berlangsungnya karnival yang berorientasikan hiburan. Aku juga turut tidak ketinggalan untuk melihat sendiri dengan mata kepala aku, apakah benar hasil tinjauan blogger sebelum ini yang mendapati 90% daripada pengunjung karnival berorientasikan hiburan terdiri daripada masyarakat melayu atau lebih senang dikatakan masyarakat bumiputera.

Suatu yang tidak dirancang, secara kebetulan pada ketika itu ada karnival penutup dibukit jalil anjuran salah sebuah stesen televisyen terkenal negara. Sampai sahaja di tapak karnival yang ketika itu bertempat di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, aku sedikit tergamam bila aku mendapati pengunjung yang keluar masuk menunggu LRT di Bukit Jalil majoritinya pengunjung bumiputera kita yang rata-ratanya beragama Islam. Terlintas di benak akal yang terhad ini "mungkin terlalu awal untuk menbuat kesimpulan, kerana ini hanya salah satu kawasan pintu masuk pengunjung, kesimpulan hanya boleh dibuat selepas meninjau keseluruhan tapak ekspo".

Berbagai ragam terpampang di hadapan mata, dari yang tua dengan tangan kanan dan kiri dipenuhi paper bag, dan yang muda dengan pasangan masing-masing, si kecil pula tertidur keletihan di bahu bapa dan kerusi roda bayi, manakala Abang La (Bangla dan Nepal) dan Pak Tam (orang afrika) sibuk mengambil kedudukan dan posisi masing-masing dengan bermodalkan rupa paras yang kacak ala-ala aktres kacak Bollywood dan Hollywood yang pastinya menjadi kegilaan wanita kita hari ini. Itulah keadaan setempat yang sempat aku perhatikan sepintas lalu, namun aku abaikan kerana tujuan utama aku ke mari bukan untuk mencuci mata, tapi untuk mencari jawapan pada persoalan yang bermain difikiran kesan luahan dan cetusan isu daripada blogger2 terdahulu. Ketahuilah, lebih baik kita sendiri yang menyaksikan kebenaran suatu perkara daripada kita hanya menjadi pendengar yang tidak tahu keadaan sebenar.



Inilah gambaran awal yang boleh aku huraikan, di mana jelas kelihatan bahawa hampir keseluruhan pengunjung yang datang ke tapat karnival tersebut terdiri daripada masyarakat kita. Ada di antaranya sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri dan merasai karnival tersebut. Aku menajamkan mata untuk mencari pengunjung selain daripada bangsaku sendiri, hasilnya sehingga aku pulang aku mendapati tidak sampai 10 orang masyarakat bukan melayu mengunjungi tapak karnival ini. Kalangan bukan melayu di tapak ekspo ini terdiri daripada peniaga-peniaga dan promoter daripada syarikat telekomunikasi, minuman dan makanan. Bukan melayu yang datang juga terdiri daripada kalangan Abang La dan Pak Tam. Itulah senario yang aku perolehi sepanjang tinjauan ringkas yang dijalankan selama dua hari.

0 comments for " "

Post a Comment
Newer Post Older Post