Recent Articles

2
Berdasarkan kajian oleh CEUPACS, had umur persaraan bagi negara jiran lebih tinggi iaitu Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun. Sememangnya ada pelbagai pro dan kontra dalam membuat keputusan terhadap isu ini.   Kalau jadilah gesaan CEUPACS tu macam ni kut jadi keadaannya ye!... 
Jangan sektor swasta ikut sama dah la…….



0
Genap Cerita 3 Bulan, Penuh Ispirasi
السلام عليکم

Telah genap 3 bulan aku menyepi tanpa sebarang khabar berita mahupun perutusan melalui sms kepada sahabat yang telah sama-sama berjuang bersamaku selama ini. Bersempena dengan raya Aidil adha ini, aku ingin megucapkan selamat menyambut Aidil Adha moga kita semua mendapat keredhaanNYA, InsyALLAH.

Untuk pengetahuan kalian semua, bukan hanya Blog aku yang tidak terupdate, malahan juga Facebook aku. Kalau Facebook aku tak terupdate, itu aku memang tidak hairan sebab aku bukanlah peminat FB. Tidak layan sangat pun. Genap 3 bulan dengan pelbagai cerita dan coretan manis dan pahit yang tidak dapat dinukilkan satu persatu, namun secara ringkasnya semua tu merupakan ilmu yang aku perolehi daripada pengalaman yang tidak ternilai harganya. semakin jauh kita berkelana, maka semakin luas pandangan dan ilmu yang kita miliki. Namun aku tetap bersyukur, kerna berkat kesabaran dan sokongan kuat daripada kaluarga sahabat, teman dan isteri tercinta, aku terus melagkah ke hadapan meninggalkan masa silamku yang penuh dengan sejarah hitam yang cuba untuk aku lupakan.  


 ni la FB aku yang tidak terupdate...huhuhuu

InsyALLAH klu laptop baru aku sudah keluar, aku yakin lepas ini aku akan update dan aktif menulis. aku memang suka menulis. cuma ruang dan platform je masih belum terbuka luas. namun peluang tu pasti akan menjelma tiba suatu hari nanti. InsyALLAH



1
السلام عليکم
 


Pejam celik- pejam celik, rupa-rupanya sudah masuk 2 bln aku tak update blog aku ni, malah skala rekrut member blogger pun makin berkurangan compare dan kereaktifan sblm ni,, hek...hek...hek... biasalah artis la katakan, chewahhhhhh!!!! (perasan gitu).

klu korg nak tau,sblm ni aku keja kt SCHENKER LOGISTIC, tapi skrg aku kini berkhidmat dengan JASA SABAH, kerja yg smemangnya aku impikan selama ini, ni la di katakan reski selepas kawin.....bagi aku kedua2 kerja yg aku dapat lepas kawin ni, sumer power2 beb!!!... tapi aku tetap juga pilih yg terbaik utk diri dan masa depanku..... tapi sedih gak la berjauhan dgn wife.... tu la dikatakan pilihan terbaik yang memerlukan sedikit pengorbanan... klu dalam istilah ekonominya "Kos Lepa" dimana kita terpaksa membuat pilihan terbaik daripada kalangan pilihan terbaik yang kita ada.... wahhh!!! bulih jd guru sadah ba ni kan...

byk jg cobaan yg aku terpaksa harungi sepanjang tempoh 4 bln ni, namun aku tetap ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang benyak membantu dan menyokong aku selama ini, tanpa bantuan, sokongan, nasihat, tunjuk ajar dan belas ihsan daripada kalian semua, siapala diri ini..... JASA baik kalian semuar hanya ALLAH S.W.T sahaja yang boleh membalasnya.... InsyALLAH..

bersempena kedatangan bulan puasa yang bakal kita sambut beberapa hari sahaja lagi, disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat ISLAM di serata dunia, semoga kita semua tergolong dalam golongan org2 yang beriman dan beroleh keberkatan di dalam mengerjakan ibadah bukan hanya sepanjang bulan ramadhan tapi juga sepanjang hayat kita..... tidak ketinggalan juga aku ucapkan beribu kemaafan kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini. ampun dan maaf aku ucapkan kepada kalian semua

sekian dariku, 




1
Assalamualaikum..


Ni email yg aku dapat daripada member aku yg dok penang, maklumla aku pun dah jadi sbhg drpd warga penang skrg, hak...hak...hak... klu korg datang penang, jgn lupa cari kedai2 ni, sedap beb, tapi aku pun tak rasa lagi... org je cakap sedap... hahahhah!!!!!

1. Mee Sotong Goreng @ Padang Kota Lama

Hameed 'Pata' Special Mee Sotong Goreng has been famous since long ago. This halal Mee Goreng is special for it's generous amount of sweet sotong. Usually it is served at an average amount of wet and dry.


Mee Sotong Goreng RM3.50
 
 
 
2. Rasheed Mee Goreng Stall near Jelutong Post Office
Very famous for it's wet mee goreng, this mee goreng can usually be bought during afternoon to evening. The hygiene of this stall is questionable, but the mee goreng definitely tasted good.


Rasheed Mee Goreng RM3.00


3. Ali Mee Goreng Stall


Ali Mee Goreng RM2.70


4. Jones Road Mee Goreng / Mee Rebus
This mee goreng used to be the famous mee goreng at Jones Road . The mee goreng tasted a little to the salty.


Jones Road Mee Goreng RM3.50


5. Bangkok Lane Mee Goreng


Bangkok Lane Mee Goreng RM4.00
0
Terasa lama gak tak update blog ni, sebelum ni bukan main bersemangat lg nak update, skrg ni susah lak... maklumlah dah bergelar suami dan bz dengan keja, bukan senang nak dapat keja masa skrg, tambah lg nak tak nak kena gak kuatkan semangat utk keja demi menyara diri sdn dan jg org tercinta....

 (kenangan ms Konvo, famili aku tak dtg... nasib dia sangup tmnkan aku ms KONVO)
klu nak cita pengalam CINTA aku dgn wife aku, mmg sampai esok pagi takkan habis, namun apa yg pasti CINTA yg dahulunya hanya CINTA Enternet kita berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.... Alhamdulillah, moga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya.... apa yg pasti aku SYG dia (Siti Aishah)




 (Pic time bertunang 09)
pejam celik- pejam celik, rupa2nya dah masuk 6 tahun kami kapel, bermula dengan hanya bersembang tanpa suara di MIRC chat, higgan ke telefon dan seterusnya pertama kali berjumpa kat penang masa aku cuti mid tem time aku kt UUM..... semuanya terasa indah, klu nak kata tak penah bergaduh mmg tahyul la, sumer yg pnh org lain lalui kami dah lalui, cuma sekarang masing2 cuba untuk menyesuaikan diri setelah bergelar suami isteri...


(dengan skali lafas dia menjadi milik aku.... mana tak nya, perut dah kenyang makan roti canai, tu jd lg yakin)

klu dulu bkn katan nak jumpa, nak dating pun susah.... takut famili dia marah, tapi slalu gak dating walaupun takut, nak buat mcm mn dah rindu la katakan.... "tak tahan beb".. kadang2 nila berjauhan rindu sgt, tapi bl dah dekat mcm kucing dgn tikus gak, nak je bertekak... biasa la lumrah CINTA, takde sumer tu, maka takde la serinya CINTA..

(Pic kawin berdua)


ok takat tu je la, aku pun tulis blog ni kt cc, maklumla broadband slow tahap cipan, nak upload picture pin susah, nama ja CELCOM... 




6
CUACA SEMAKIN PANAS

Arghhhh!!!! letih sangat2, dah la malam susah nak tido, cuaca makin hari makin panas. kalau selalu guna kipas takat button no 2 je, skarang ni klu guna no 3 pun tak rasa apa-apa, malah muka siap berpeluh je. mungkinkah lapisan ozon kita semakin nipis, atau sudah wujud kebocoran, hinggakan sinaran matahari makin terasa bahangnya.


tiap-tiap petang cuaca mendung je, macam nak hujan lebat je... klu nak harap hujan lebat memang takde la, yg ada pun hujan renyai2....

hari tu aku berbual2 dengan wife aku pasal cuaca ni, tiba2 terkluar dari mulut dia pasal perkara2 yang ada hubung kait dengan petanda hari kiamat..... rasa takut tu pun muncul dari benak hati, mungkin apa yg wife aku tu cakap ada benarnya.



kekadang tu aku berharap gak, bila la agaknya keadaan cuaca di penang ni akan kembali seperti sebalum ni,
harap2 sangat dalam beberapa hari ni ada hujan, dapat gak tidur dalam keadaan sejuk skit, huhuhu



2



السلام عليکم



Undangan Majlis Perkahwinan

Salam ukhwa dan salam persahabatan buat semua blogger yang mengenali diri ini, moga kalian berada dalam keadaan sihat2  di samping keluarga dan sahabat tercinta hendaknya...

Maaf sebab lambat nak inform sumer member2 yang mengenali diri ini, maklumla sumer pun buat last minit, kad kahwin ni pun bukan kad kahwin aku, aku edit je...

so dengan besar hatinya dan rasa bersyukur aku mengundang rakan2 yang mengenali diri ini samada mengenali diri ini sejak zaman bergelar pelajar sekolah, mahasiswa, ketika kerja mahupun mereka yang mengenali diri ini melalu ruang maya, untuk sama2 memeriahkan Majlis perkahwinan aku yang insyALLAH akan di langsungkan pada 08 Mei 2010 bertempat di Permatang damar laut.

Sepintas lalu ingin aku kongsikan buat mereka yang tengah angau bercinta kat luar sana, bukan mudah untuk memelihara hubungan yang telah terjalin sekian lama, tanpa ada pengorbanan, kesetiaan dan saling tolak ansur antara satu sama lain.... segalanya indah ketika bercinta, namun perlu juga persediaan selepas bergelar suami dan istri...

Doakan kebahagian aku ek..







0
Try Iklan Lain Lak


Assalamualaikum kepada sumer member2 blog yang aktif berblog dan belajar cara terbaik untuk jana income dgn cara yang selamat di samping dapat menambah kenalan.

tengok tak iklan "Advertlets.Com" kat atas tu.. tu antara medium pengiklanan alternatif selain nuffnang yang mudah nak register, dan yang paling penting dan sumer org suke adalah "Free".

just register mcm step nak registes nuffnang...


Selamat mencuba...tatatata
5
REDMUMMY.COM

Salam Blogger dan perpaduan buat sumer,

Kalau ada di antara entry korang yg aku komen dan beri komen berbunyi macam ni "salam. jom folow memfolow, jgn lupa utk klik iklan nuffnang, sy klik iklan u dan u klik iklan sy, stahu sy dah ada dapat rm10,000 dr nuffnang sbulan". ni adalah fakta sebenar yg aku perolehi setelah membaca Harian metro.

REDMUMMY.COM adalah blog yang dimiliki oleh sorg ibu yang mana pada mulanya hanya untuk suka2,
tapi daripada suka2 tu hingga sekarang beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 selepas mendaftar dengan nuffnang.

 So tak salah nak try dan tolong antara satu dengan lain. 

Good luck to all blogger










0
SURAT CINTA TIJAH

Salam semua,
Just nak syer lawak daripada sorang member, maklumlah dah lama tak update
citanya bermula disini......

 
Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .
 
Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.
 
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
 
Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...
 
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **
 
Mike....
 
I WANT TO CUT CONNECTION US.
 
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
 
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.
 
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
 
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from
me.
 
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
 
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
 
Safe walk..
Tijah








3
السلام عليکم



Setelah sekian lama terbelenggu akibat pengangguran dan kebosanan tahap gaban, maka aku pun membuat keputusan yang drastik demi masa depan aku dan masa depan hubungan yang terjalin antara aku dengan tunang aku. Aku nekad untuk berhijrah semula ke Pulau Mutiara, ni pun untuk kebaikan aku juga, lagipun kos sara hidup dan kos makan dan minum kat sana tak la setinggi kat Selangor ni. Aku pun tak nak la berterusan bertengkar dengan tunang aku, maklumla dah lama kami bersama takkan nak akhiri macam tu je, hanya semata2 tak keja. Memang betul jg kata2 Fais, member yang banyak berjasa sepanjang aku berada di Selangor ni, dia kata:



“ko kena juga pentingkan diri buat masa sekarang, lagipun ko dah ada komitmen (berkahwin), so nak tak nak ko kena juga dapatkan keja dalam masa terdekat ni”.


member2 seperjuangan aku masa kat AEON, bekerja, lepak, cuti, rehat dan mengumpat bersama... tapi yang syok resign dan mengganggur bersama.... huahuahua!!!!


ni aktiviti terakhir kita org, lepak sepetang kat Tasik Kg Sri Aman... yang syoknya masa tu banjir tapi ramai gak pengunjung dan kaki pancing datang lepak kt cni.



menikmati mata hari senja, ohhhh!!!! indahnya dunia ini...



Mamat ni standartd la.. slalu je layan blues... power beb!!!



2
السلام عليکم

Salam sume...

kepada sapa2 yang berminat nak abadikan kenangan zaman persekolahan, perkahwinan, kapel, untuk baby tercinta dan sebagainya, order je dengan sy.
Email: qamar_501@yahoo.com


Sampel: (1) AiMan48


http://www.youtube.com/watch?v=w1xAVoKxPgo


Sample: (2) Fais Love Nono



http://www.youtube.com/watch?v=1umW5pyTP0E

7
السلام عليکم
salam kepada sumer blogger:

Iklan ni utk mereka2 yang inging memiliki laptop second hand dan usb stick broad band sila call member sy ni:

Muhammad Fais
012-2232006
muhammad_fais84@yahoo.com
lot 66b lrg bistari 2, kg sri aman batu 13, 47100 puchong







Asus EeePc 900
-Fully function n good condition (physical&operation)
-Window XP
-Original Box, manual and acces.
-For satisfaction: C.O.D. in Puchong area
-Fix price
-RM800



Huaei mobile broadband USB stick
-include storage (Micro SD 64mb *can be upgrade)
-Original manual& packaging
-great condition
-Fix price
-RM125




CSL mobile broadband USB stick
-3.5G
-Original manual& packaging
-great condition
-Fix price
-RM90
8

السلام عليکم

Bila Senang Dikenang

Bila Susah Pula Disisih



lama juga rasanya aku tak update blog aku, selalunya aku cuma post gambar je kat blog ni. tapi kali ni jari-jemari aku terasa gatal untuk menulis sedikit luahan yang sedang terpendam di dalam lubuk hatiku.


hari ni dah genaplah rasanya dua bulan aku TANAM ANGGUR kat umah aku, tak terasa pula. mana tak nya, sepanjang tempoh 2 bulan ni aku hanya makan, tido, main game, surve internet dan attend interview keja. tapi sampai sekarang ni pun masih gak mengekalkan status PENANAM ANGGUR yang berjaya. Perut aku pun makin hari terasa makin boroi, bersenam pun tak, dan yang aku tau aku kena duduk dalam rumah je untuk jimatkan duit.





sepanjang tempoh ni juga, aku sering terkenangkan suasana ketika bergelar graduan. Segalanya terasa indah, member pun ramai. Tapi kini aku terasa semakin sunyi, dengan member2 aku yang BZ dengan urusan masing2. Masa aku keja dulu ramai gak yang call bertanyakan pasal keja, manalah tau kot2 aku boleh adjust dorang keja skali dengan aku. tapi kini segalanya sunyi sepi, member2 yang selama ini rapat dengan aku hilang seorang demi seorang.SMS tidak berbalas, ucapan ketika musim perayaan pun semakin lesu tidak seperti dulu. Malah ada di antara gurauan mereka semakin keterlaluan hingga kekadang aku terasa yang keaiban aku menjadi bahan gurauan member2 aku.





Aku semakin terasa, adakah mereka yang aku kenal selama ini hanya berada dan berutus khabar denganku ketika aku senang semata-mata, sebaliknya ketika aku susah jangankan kata nak dapat SMS smile, bahkan miscall pun susah nak dapat. Lama aku muhasabah diri, hampir setiap malam aku berfikir, adakah ini makna persahabatan bagi mereka. Kalau inilah realiti dunia persahabatan, lebih baik aku menyendiri. Tak perlu lagi aku tanyakan khabar mereka.

Mungkin ada juga benarnya kata ahli-ahli perniagaan, teman yang baik selalunya mereka yang kita kenal ketika kita bekerja dan bukannya ketika belajar. KENAPA begitu..... jawabnya mudah sahaja, selalunya berkenalan dengan rakan2 ketika kita telah berkerjaya lebih menjamin masa depan terutama sekali untuk mewujudkan Link yang pastinya berguna untuk masa depan kerjaya dan masa depan sendiri. betul lah, sebab semua dah ada kerjaya masing2, klu berkenalan time belajar pula, masing2 akan cuba mengelak daripada menanggung risiko walaupun hanya sebesar zarah.




Namun cukuplah kawan yang bersama ketika susah menjadi sahabat sejati sampai ke akhirnya, kerna semua pengalaman pahit pernah dilalui bersama. Aku berharap tiada lagi penyesalan di masa akan datang bila aku mula menyendiri. cukuplah apa yang berlaku pada hari ini ,menjadi iktibar buatku di dalam meniti ranjau kehidupan yang mendatang.