Recent Articles



Nilai sebenar titisan air mata

Bila salam dihulur seikhlasnya, harapnya dijawab dengan seadanya, bukan pujian menggunung menjadi harapan, hanyalah ringkasan cerita menjadi nukilan। Bila sebut tentang air mata, mesti ramai dari kalangan pembaca akan terbayangkan air mata ibu dan bapa, air mata kegembiraan dan kejayan, air mata kesengsaraan dan keperitan, air mata kesedihan dan kedukaan serta air mata kehilangan। Namun demikian, disebalik titisan yang telah disenaraikan, mungkin anda semua tidak terfikir, terlintas atau mengkin juga pernah terfikir dan saja tak nak ambil tahu, berkaitan dengan titisan air mata peserta realiti telivisyen yang tersingkir daripada program tersebut. Ikhlas dan terus terang saya katakan di sini, inilah air mata buatan semata-mata dan tidak bernilai langsung dalam kehidupan.



Pendapat yang saya keutarakan ini juga pernah disuarakan oleh pengirim sms dalam keratan akhbar dan juga blogger। Mereka berpendapat, lebih baik air mata itu disimpan, sebab takut nanti bila orang tua meninggal sudah tidak boleh menangis lagi sebab air mata dah dibazirkan untuk program reality sebegini. Pendapat ini ada benarnya, apalah gunanya mengalirkan air mata semata-mata tersingkir daripada program seumpama ini, kalau sudah tidak berkualiti dan tiada peminat, terimalah hakikat itu seadanya. Mereka meratapi rakan yang kononnya rakan seperjuangan, betul ke rakan seperjuangan?. Sebenarnya ratapan itu adalah ratapan dan tangisan untuk meraikan kejayaan kerana berjaya menyingkirkan pesaing, sebab kalau pesaing gagal disingkirkan maka dia (peserta yang terselamat) yang akan tersingkir. Lagi satu, kalau tidak menangis takut peminat nanti kata sombong, so ramai le yang tak nak mengundi peserta ni. Inilah yang dikelaskan sebagai “Air Mata Buatan Manusia”. Kalau yang besar dengar jeritan dan tangisan kesedihan, yang kicil juga tidak ketinggalan menjadi “Pak Turut” kepada aksi dan kehebatan lakonan sandiwara senior-senior mereka.



Adalah lebih molek jika kita meratapi kesengsaraan rakyat Palestine, yang mana tanah air mereka siang dan malam dihujani puluhan roket yang tidak bermata, jet-jet pejuang dan helicopter yang tidak putus-putus membedil bumi Palestine dengan alasan kononnya mencari puak penentang, jentera dan jentolak yang tidak putus-putus merobohkan penempatan rakyat Palestine di tanah sendiri dengan alasan menceroboh, isteri kehilangan suami, ibu kehilangan anak, anak kehilangan ibu dan ayah dan banyak lagi keperitan mereka yang pastinya kita di MALAYSIA tidak terjangkau lagi. Air mata terus membasahi bumi Palestine ini, air mata akibat kecederaan, kehilangan anggota keluarga, kebuluran akibat tiada bekalan makanan kesan daripada tindakan puak yahudi dan mesir yang menutup terowong bawah tanah, dan kesan sampingan lain yang pastinya memberi impak yang mendalam kepada rakyat Palestine yang melalui saat ini.

Maafla, saya tidak berminat untuk menutup topik ini sebab ada lagi sambungan yang bakal menyusul. Tapi bukan 100% berkaitan dengan topic ini, Cuma sediki ja. Apa yang pasti ia berkaitan dengan tindakan “Boikot Barangan Keluaran Yahudi”. Apa yang bakal dikeutarakan adalah sama ada tindakan seumpama ini ada rasionalnya atau tidak.

0 comments for " "

Post a Comment
Newer Post Older Post