Recent Articles

YUHUUU!!! AKU DAH ADA GENG YANG TAK SUKA AF (Akademi Sia-sia)



PEhhh!!!! tak sangka pula, eksplore punya eksplore bloger2 yang folow aku, terjumpa lak satu blogger yang post pasal AF siap dengan ayat-ayat meraih untuk yang entah berapa ratus kali dah kedengaran. tajuk post dia pun boleh tahan jugala....

Saya "tak" suka AF...

http://miliop.blogspot.com/

Kalau pada mula2 aku create blog ni, aku ada luahkan pasal KARNIVAL JOM HEBOH yang majoriti membanjiri karnival tersebut terditri dari kalagan orang-orang melayu, kita tak salah juga rasanya kalau aku ulas skit pasal program realiti yang sepupu-sepapat dengan AF.

memang aku tidak menafikan bahawa program realiti nyanyian seumpama ini banyak membantu dalam mencungkil bakat2 terpendam untuk diketengahkan dikaca televisyen, namun aku juga tidak boleh menafikan sepenuhnya kesan negatif sejak dari mula program ini disiarkan. kalau tak silap aku la, kali pertama aku dengar pasal AF ni time aku Form 6, tahun 2004/05. tahun tu merupakan tahun dimana kegilaan terhadap AF semaking meningkat terutamanya dikalangan pelajar2 sekolah, malah tak kurang juga dikalangan ibubapa.

aku tak nampak lagi kebaikan program ini mengatasi kontar yang jelas kelihatan hasil dairpada program seumpama ini. berikut merupakan luahan pelajar yang dan guru2 yang anti AF:

(1) Ibubapa sanggup membelanjakan puluhan dan ratusan ringgi untuk memasang ASTRO dirumah masing-masing, tapi kedekut untuk membayar yuran sekolah dan membeli buku rujukan untuk kemudahan anak-anak mendapatkan rujukan alternatif. 

(2) Buku nota bukan lagi berfungsi untuk mencatit nota yang disampaikan dan ditulis oleh guru2 dipapan tulis, tetapi kini telah ditukar kepada elovusi baru, iaitu sebagai buku lirik lagu.... walaupun cover depan Buku Nota Sejarah misalnya, harap guru tidak tertipu, kerana dibahagia tengah atau belakang atau keseluruhan buku tersebut mengandungi puluhan lirik lagu... so bolehla masuk rancangan JANGAN LUPA LIRIK.

(3) namun berita baiknya, semakin ramai pelajar suka menyanyi, so pihak sekolah tak perlu bersusah payah mencari bakat terpendam, malah mereka yang tidak berbakat pun tanpa segan silu akan menyayi boli di suruh.

(4) Duit tabungan tidak lagi dibelanjakan untuk membeli buku nota, tetapi lebih terarah kepada pembelian CD2 lagu peserta2 AF.

(5) wajarkah pihak sekolah mengundang artis untuk memberi motivasi kepada pelajar, sedangkan klu nak kaji background pendidikan dorang, ramai juga yang kantoi SPM (gagal SPM). malah ada juga yang terlibat dengan scandal seks dan dadah... macam ni ka nak jadikan roll model. 

ntahla... aku tak nampak lagi kebaikan program ini, apa yang aku boleh katakan... GOOD LUCK pada semua peserta setiap musim yang akan datang. nah pic dibawah ni aku sajikan untuk peminat taksub AF, atau member aku sebut Akademi Sia-Sia.....


 

 




0 comments for "YUHUUU!!! AKU DAH ADA GENG YANG TAK SUKA AF (Akademi Sia-sia)"

Post a Comment
Newer Post Older Post