Recent Articles

ADUS: MAU BUAT LOAN PERIBADI PUN SUSAH KA



Aduh, Aduh, Aduh-duh-duh-duh dudu>>> hahahah macam lagu dangdut lak.... tu tengok kat atas, iklan AmBank, kalau sekali pandang macam conferm ja boleh buat loan umah..... tapi rupa2nya indah khabar dari rupa.... merata Bank aku usahakan untuk buat loan peribadi dan loan umah, ada ja masalah, terutama pegawai kontrak seperti kami ni.... dorg kata kalau agensi kerajaan yang berstatus kontrak, hanya KEMAS ja yang dorg akan aprove... ntah dari aspek mana dorang nilai KEMAS, hinggakan loan peribadi dan loan umah kami tak layak nak apply.


Kekadang terasa sakit hati pun ada juga, bilamana permohonan pinjaman peribadi ditolak mentah-mentah atas alasan status pegawai kontrak.. walaupun gaji agak besar, namun keperluan untuk ada sumber kewangan alternatif agak terhad. semua berpunca daripada prosedur dan birokrasi daripada pihak bank...

Apa yang membuatkan aku dan beberapa orang pegawai lain tidak puas hati, adalah sikap segelintir pegawai bank yang makan suap... bayangkan dorg tuduh pegawai dan kakitangan kerajaan makan suap, hakikatnya mereka lagi teruk.... Mana tak rasuah, kalau permohonan untuk mendapatkan loan peribadi tidak lulus, pegawai2 bank tu cakap boleh bantu bagi lulus dengan syarat kena bg duit kopi RM3,000.. peh mampus. Imagine la kalau kita buat loan RM50k, RM3k akan ditolak untuk insuran, duty dan lain2, so untuk pinjaman 50k kita hanya akan dapat sekitar 47k.. kalau pegawai tu minta suap 3k so jumlah bersih yang akan kita dapat hanyalah tinggal 44k... dan jangan lupa kita still kena bayar juga 50 kat bank + 3k lagi untuk pegawai yang makan suap..

Berdasarkan kepada situasi tersebut, aku percaya bahawa, bukannya pegawai kontrak tidak layak untuk memohon pinjaman peribadi. Namun yang menjadikan pegawai kontrak tidak layak adalah disebabkan oleh karenah birokrasi dan rasuah yang tinggi dikalangan kakitangan bank... terasa amat2 kecewa.


0 comments for "ADUS: MAU BUAT LOAN PERIBADI PUN SUSAH KA"

Post a Comment
Newer Post Older Post
Pages 3123 »