Recent Articles

Showing posts with label AiMan48. Show all posts
Showing posts with label AiMan48. Show all posts
0

Aduh, Aduh, Aduh-duh-duh-duh dudu>>> hahahah macam lagu dangdut lak.... tu tengok kat atas, iklan AmBank, kalau sekali pandang macam conferm ja boleh buat loan umah..... tapi rupa2nya indah khabar dari rupa.... merata Bank aku usahakan untuk buat loan peribadi dan loan umah, ada ja masalah, terutama pegawai kontrak seperti kami ni.... dorg kata kalau agensi kerajaan yang berstatus kontrak, hanya KEMAS ja yang dorg akan aprove... ntah dari aspek mana dorang nilai KEMAS, hinggakan loan peribadi dan loan umah kami tak layak nak apply.

1
Sapa sangka kursus Pengenalan Jabatan (KPJ) siri 1 tahun 2011 yang melibatkan peserta daripada JASA Sarawak dan Sabah menjadi milik aku. Rasa terkejut juga bila tak semana-mana nama aku disebut sebagai peserta lelaki terbaik bagi kursus yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Beringgis Beach Resort Papar Sabah. Aku bertanya pada member2 dan Urusetia, macam mana penilaian peserta terbaik dilakukan....
Aku pada peringkat permulaan memang kurang menyerlah pun.... dorang explain kat aku yang pemilihan melibatkan semua segi... yang paling penting markah pada sesi ujian bertulis yang menghimpunkan isu semasa diserata dunia dan setempat... dari situ yg aku tau mungking markah aku yang tertinggi di sabah kot, 1 markah mengatasi Fareez (Punch Man) dan Mohd Nizam (Pincur Man) serta beberapa markah mengatasi Roy Abdi (Ghaib Man).

0

AiMan48

Assalamualaikum....



Mungkin apa yang sempat tertaip dan tertulis di dalam ruangan yang tidak seberapa ini bukanlah suatu yang mengambarkan keseluruhan isi hati yang terbuku selama ini. Namun ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa rasa bersyukurnya diri ini dikurniakan seseorang yang amat memahami dan menerima diri ini seadanya. Dari awal perkenalan hingga sekarang yang InsyALLAH selangkah lagi melangkah ke jinjang perkahwinan, tak pernah walau sedetikpun terlintas di hati untuk membilang setiap waktu bersama apatah lagi untuk menghitung waktu berapa lama usia percintaan yang telah terjalin mampu berkekalan.



Kalau dahulunya aku pernah tersua dengan sebuah novel yang bertajuk "Atlantis duniaku dan duniamu" yang kalau tak silap aku menceritakan tentang cinta dua benua yang terpisah, namun kini ia berlaku dalam diri aku. Siapa sangka cinta yang mulanya hanya dilayarkan dalam dunia siber kini mampu bertahan utuh hingga ke hari ini. Halangan ditempuhi bersama, dan tidak pernah sekalipun bebanan dipikul berseorangan. Itulah Gadisku Siti Aishah bt Mahadzir. Kalau dulu kerinduan hanya diungkap melalui utusan surat Cinta dan sekeping gambar yang di poskan, namun kini segalanya telah berubah. Terasa semakin hari semakin dekat, hinggakan setiap masa ada di sisi. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi itulah hakikat yang terbuku di hati, hinggakan sukar untuk digambar walau dengan sebaris kata.

Dahulu setiap masa yang berlalu tidak pernah dihitung, namun kini terasa diri seolah-olah ibarat "Haji bakhil bin kedekut" ingin saja rasanya diputarkan masa itu secepat yang mungkin agar penantian selama ini bukanlah suatu penyiksaan. Setiap manusia tidak mengira lelaki mahupun perempuan, tidak akan terhindar daripada perasaan untuk menyegerakan sesuatu yang baik. Jangan tunggu lama-lama beb nanti melepas. Dari awal perkenalanku hingga ke hari ini, aku sentiasa berharap untuk memiliki dirinya sepenuhnya. Meskipun aku sedar bahawa naluri kebuaya daratan yang ada pada setiap lelaki juga ada pada diri ini, namun itu bukanlah penghalang kepada termeterainya suatu ikatan yang menghalalkan segalanya. Biar Takdir dan Waktu menentukan segalanya.

Iman, Amal dan doa mengiringi setiap langkah menuju mahligai impian. InsyALLAH